Kata Peminat

Cerita dari stadium

Setiap perjalanan mempunyai cerita tersendiri. Inilah pengalaman sebenar yang dikongsikan oleh para peminat yang telah bersama JalanJalanBola, daripada sorakan di stadium hingga kenangan yang akan dikenang seumur hidup

0Rating Purata
0Impian Ditunaikan
0Akan Kembali
0Perlawanan diliputi
0Komuniti JalanJalanBola
Arsenal vs Fulham Tour
Menonton perlawanan buat kali pertama di Emirates Stadium merupakan pengalaman yang sangat istimewa. Saya juga berpeluang bertemu legenda Arsenal, Tony Adams. Walaupun menyertai trip ini seorang diri, saya sentiasa berasa selamat dan selesa serta dapat mengenali peminat Arsenal yang lain. Team JalanJalanBola dan tour leader sangat membantu, mesra dan tenang, manakala itinerarinya tidak terlalu padat. Insya-Allah, saya akan menyertai trip JalanJalanBola lagi dan mengesyorkannya kepada keluarga serta rakan-rakan.
Anis Syazana

Anis Syazana

🇲🇾 Selangor · Arsenal vs Fulham Tour · Mei 2026

ArsenalEmirates
The Theatre of Dreams
Terima kasih JalanJalanBola dan Fitrah kerana merealisasikan impian kami untuk berada di Old Trafford. Sebagai penyokong Manchester United, kami sangat gembira dapat merasai sendiri suasana stadium bersama anak-anak. Pengalaman yang sangat bermakna buat seluruh keluarga kami.
Chandru & Ananthi

Chandru & Ananthi

🇲🇾 Klang, Selangor · The Theatre of Dreams · 2025

Man UtdOld Trafford
The Theatre of Dreams
Tempat duduk di Old Trafford mempunyai pemandangan yang jelas dan dekat dengan padang. Saya juga berpeluang bertemu pemain Manchester United serta mendapatkan tandatangan daripada tiga orang pemain! Selain Old Trafford, kami turut melawat Anfield dan Etihad Stadium. Memang puas hati. Terbaik!
Yazid

Yazid

🇧🇳 Brunei · The Theatre of Dreams · 2025

Man UtdOld TraffordAnfield
Emirates Tour
Emirates Tour pada Mei 2026 memberikan pengalaman dan perasaan yang sukar dilupakan. Agensi terbaik dengan tour leader yang sentiasa menjaga kami dengan baik. Terima kasih JalanJalanBola!
Alex Ching

Alex Ching

🇲🇾 Malaysia · Emirates Tour · Mei 2026

ArsenalEmirates
The Theatre of Dreams
Ini merupakan kali kedua kami menyertai JalanJalanBola. Lokasi hotel sangat baik dan semuanya diuruskan dengan lancar. Menonton dua perlawanan di Old Trafford, termasuk dari Stretford End, memberikan pengalaman dan pemandangan yang sangat menarik. Secara keseluruhan, trip ini memang menyeronokkan dan kami berharap dapat menyertai lagi!
Rafi & Siti

Rafi & Siti

🇸🇬 Singapura · The Theatre of Dreams · April & Disember 2025

Man UtdOld Trafford
Anfield Series
Impian yang disimpan selama berpuluh tahun akhirnya menjadi kenyataan bersama JalanJalanBola. Layanan memang tip-top, perjalanan teratur dan kami dibawa menikmati pelbagai pilihan makanan. Terima kasih Ezam dan Redwan atas pengalaman yang sangat memuaskan. Memang terbaik dan Insya-Allah, saya akan sertai lagi!
Cikgu Azam

Cikgu Azam

🇲🇾 Kota Bharu, Kelantan · Anfield Series · Mei 2026

LiverpoolAnfield
The Theatre of Dreams
Saya bersama dua orang anak menyertai trip ini dan kami sangat berpuas hati dengan keseluruhan pengalaman. Semuanya diuruskan dengan baik, dan pihak penganjur juga sangat komited dalam memastikan perjalanan kami berjalan lancar. Memang pengalaman yang sukar dilupakan!
Ruziean Abd Rashid

Ruziean Abd Rashid

🇲🇾 Ampang, Selangor · The Theatre of Dreams · April 2026

Man UtdOld Trafford
Emirates Tour
Detik terindah berpeluang menyaksikan dengan mata sendiri Arsenal vs Manchester United di Emirates Stadium. 100% diuruskan oleh JalanJalanBola dengan jayanya! Itinerari program yang disediakan sangat menarik dan tak lupa tour guide kami, Bro Redwan yang sangat mesra, sangat membantu dan berpengalaman. Terbaik!
Nizam Yassin

Nizam Yassin

🇲🇾 Pahang · Emirates Tour · Januari 2026

ArsenalEmirates
Stamford Bridge Edition
Hotel kami terletak sangat dekat dengan stadium sehingga kami sempat berkunjung ke sana sampai empat kali! Tempat duduk pula hanya kira-kira lima meter dari padang. Kami juga dapat berpeluang ke Amex Stadium menyaksikan perlawanan Chelsea Away. Terbaik!
Ar. Ridha Razak

Ar. Ridha Razak

🇲🇾 Kuala Lumpur · Stamford Bridge Edition · April 2026

ChelseaStamford Bridge

Pengalaman peminat.

Pengalaman paling menyeronokkan ialah dapat menjelajah Old Trafford dan menonton perlawanan secara langsung di stadium. Team JalanJalanBola dan tour leader memang terbaik! Saya suka semuanya, daripada stadium dan tempat duduk hingga hotel, itinerari serta layanan. Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya akan sertai lagi.
Taufiq

Taufiq

Selangor · Manchester · September 2026

Alhamdulillah, saya berpeluang menyaksikan Manchester United bermain secara langsung di Old Trafford sebanyak dua kali. Stadium tour juga merupakan pengalaman yang hebat, lebih-lebih lagi apabila trip tersebut disertai bersama Solehan daripada Parabola Studio. Berjalan-jalan di sekitar Manchester dan Liverpool serta berkenalan dengan peserta baharu yang berkongsi minat sama menjadikan perjalanan ini lebih bermakna. Pasukan JalanJalanBola dan tour leader sangat membantu dalam memastikan semua peserta menikmati trip. Terima kasih kepada Ezam dan Redwan atas layanan yang baik sejak berlepas dari Kuala Lumpur sehingga pulang. Hotel dan lokasinya juga sangat selesa dan memudahkan perjalanan. Secara keseluruhan, ia merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.
Nik Ahmad Saifuddin

Nik Ahmad Saifuddin

🇲🇾 Selangor · Manchester & Liverpool · Januari 2025

Apabila melihat harga yang berpatutan dan kebetulan mempunyai masa, saya terus mengambil peluang ini. Alhamdulillah, seluruh perjalanan berjalan lancar dan saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. JalanJalanBola memang boleh dipercayai dan saya pasti akan mencadangkannya kepada orang lain. Momen yang paling saya ingati ialah ketika pertama kali melihat dan menjejakkan kaki di Old Trafford. Rasanya seperti mimpi menjadi kenyataan. Momen kedua ialah menyaksikan Manchester Derby antara Manchester United dan Manchester City. Walaupun perlawanan berakhir tanpa jaringan, suasana sepanjang 90 minit sangat luar biasa dan masa terasa berlalu begitu pantas. Memang satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.
Faris

Faris

🇲🇾 Cheras, Kuala Lumpur · Manchester · April 2025

Saya mengetahui tentang trip JalanJalanBola melalui Instagram dan membuat tempahan pada saat akhir. Menjejakkan kaki ke Manchester merupakan impian saya sejak sekian lama, jadi saya benar-benar gembira apabila akhirnya dapat berada di sini. Pasukan JalanJalanBola sangat mesra dan membawa kami melawat pelbagai tempat seperti seorang kawan. Pengalaman berada di Manchester dan melihat sendiri stadium impian merupakan kenangan yang tidak akan saya lupakan. Trip ini memang boleh dipercayai. Apabila tiba masa untuk pulang, saya berasa sangat sedih. Saya pasti akan mencadangkan JalanJalanBola kepada rakan-rakan dan berharap dapat menyertai trip bersama mereka lagi.
Tharma

Tharma

🇲🇾 Klang, Selangor · Manchester · April 2025

Saya mewakili rakan-rakan dari Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan JalanJalanBola, khususnya Tuan Redwan, atas kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang perjalanan kami menyaksikan dua perlawanan. Walaupun setiap peserta mempunyai keperluan dan rentak perjalanan yang berbeza, semuanya dapat diuruskan dengan baik.
Azemi

Azemi

🇲🇾 Melaka · Manchester · Disember 2025

Ini merupakan pengalaman pertama saya menonton perlawanan bola sepak secara langsung, dan saya benar-benar menikmatinya. Stadiumnya sangat besar, luas dan suasananya memang luar biasa. Walaupun sebelum ini saya bukan peminat tegar bola sepak, selepas pengalaman ini saya sudah menjadi penyokong Arsenal seperti ayah saya. Pemain kegemaran saya pula ialah Calafiori! Saya juga sangat menikmati cuaca sejuk di London, makanan yang sedap serta penginapan yang selesa. Secara keseluruhan, pengalaman ini memang sangat menyeronokkan dan tidak akan saya lupakan.
Tew

Tew

🇲🇾 Melaka · London · Januari 2025

Ini merupakan kali pertama kami datang ke London dan kami sangat teruja serta gembira dengan pengalaman ini. Bersama JalanJalanBola, kami berpeluang meneroka bandar, menaiki tren dan mencuba pelbagai pengalaman baharu. Momen paling istimewa tentunya apabila kami berjalan bersama-sama ke stadium untuk menyaksikan Arsenal beraksi. Tanpa JalanJalanBola, mungkin sukar untuk kami merasai sendiri pengalaman dan suasana yang luar biasa ini. Terima kasih, JalanJalanBola!
Riduan & Rasima

Riduan & Rasima

🇸🇬 Singapura · London · Januari 2026

Memang satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan terbaik! Walaupun agak penat kerana banyak berjalan dalam tempoh dua tiga hari, semuanya sangat berbaloi dan menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Faiz

Faiz

🇲🇾 Ampang, Selangor · London · Januari 2025

Saya mengenali JalanJalanBola melalui TikTok dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Segala urusan sepanjang perjalanan, termasuk pengangkutan, penginapan dan kemudahan untuk ke masjid, diuruskan dengan sangat baik. Secara keseluruhan, pengalaman saya memang sangat positif. Terima kasih, JalanJalanBola!
Zul

Zul

🇲🇾 Kuala Lumpur · Liverpool · September 2025

Ini kali pertama saya sampai di Manchester. Selama ini saya hanya dapat melihat Old Trafford dan Etihad Stadium melalui televisyen, tetapi hari ini semuanya berada di depan mata. Sebagai peminat bola sepak, saya sangat teruja dan bangga dapat merasai sendiri pengalaman ini. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Memang satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan.
Adry

Adry

🇲🇾 Johor Bahru, Johor · Manchester · Januari 2026

Pengalaman trip bersama JalanJalanBola sangat menggembirakan dan memuaskan. Kami berjaya sampai ke destinasi dengan baik, pengurusan perjalanan berjalan lancar, dan kemudahan seperti hotel juga sangat memuaskan. Sepanjang trip, kami menerima perhatian dan layanan yang terbaik daripada pasukan JalanJalanBola.
Haji O

Haji O

🇲🇾 Kedah · Manchester · 2025

JalanJalanBola merealisasikan impian saya menyaksikan Manchester Derby di Old Trafford. Berada di Stretford End bersama penyokong United dan meraikan kemenangan besar ke atas City merupakan pengalaman yang menakjubkan. Segala urusan dari penerbangan, hotel, makanan, pengangkutan, stadium tour hingga bantuan matchday diuruskan dengan baik. Tour leader turut membantu menukar penerbangan pulang dari Manchester ke London. Hotel yang selesa dan berhampiran kemudahan awam melengkapkan pengalaman istimewa ini. Terbaik, JalanJalanBola!
Rehan Bin Ismail

Rehan Bin Ismail

🇲🇾 Melaka, Malaysia · Manchester · Januari 2026

Impian menyaksikan perlawanan di Old Trafford akhirnya menjadi kenyataan! Suasana bersama peserta lain sangat menyeronokkan dan itinerari yang disediakan memang terbaik. JalanJalanBola juga banyak membantu melancarkan perjalanan kami sepanjang berada di Manchester.
Mohd Norzaki Yusop

Mohd Norzaki Yusop

🇲🇾 Pontian, Johor · Manchester · Mei 2025

Saya mengetahui tentang JalanJalanBola melalui Facebook dan sangat menikmati pengalaman sepanjang trip ini. Terima kasih kepada team JalanJalanBola yang menjadikan perjalanan ini begitu menyeronokkan dan sukar dilupakan!
Mega

Mega

🇲🇾 Malaysia · Liverpool · 2025

Terima kasih JalanJalanBola kerana menguruskan trip ini dengan baik. Momen paling istimewa ialah apabila kami berpeluang melawat pusat latihan Liverpool di Kirkby dan bertemu Mohamed Salah dari dekat. Bukan sekadar ke stadium, pengalaman ini benar-benar menjadi kenangan yang sukar dilupakan!
Dr. Zul

Dr. Zul

🇲🇾 Ipoh, Perak · Liverpool · 2025

Trip Manchester dan London memang menyeronokkan! Tempat duduk di stadium memberikan pemandangan yang jelas, manakala lokasi hotel pula strategik dan berdekatan pelbagai tempat membeli-belah. Trip ini bukan hanya untuk peminat bola sepak, isteri yang menemani suami juga boleh menikmati percutian dan aktiviti membeli-belah. Terima kasih JalanJalanBola dan Fitrah Travel atas pengalaman yang hebat!
Rozilawati

Rozilawati

🇲🇾 Selangor · Manchester & London · 2025

Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Old Trafford dan menyaksikan Manchester United menentang Southampton dari Stretford End memang sukar dilupakan. Trip diuruskan dengan baik, manakala tour leader sangat mesra, berpengalaman dan sentiasa memastikan semuanya berjalan lancar. Stadium dan tempat duduk memang terbaik! Peminat tegar Manchester United wajib menyertai JalanJalanBola.
Wawan Sofyan

Wawan Sofyan

🇲🇾 Sabah, Malaysia · Manchester · Januari 2025

Pengalaman pertama memasuki Old Trafford memang menakjubkan. Trip diatur dengan baik, itinerari santai dan fleksibel, serta harga yang berpatutan. Saya pasti akan menyertai JalanJalanBola lagi.
Mohd Khizam

Mohd Khizam

🇲🇾 Pulau Pinang · Manchester · 2025

Pengalaman yang sangat menakjubkan dan pasti dikenang selamanya. Pengurusan perjalanan sangat baik, tempat duduk eksklusif, layanan seperti VIP dan lokasi hotel yang strategik. Insya-Allah, saya pasti akan menyertai JalanJalanBola lagi.
Ahmad Khairi bin Hj Ramlee

Ahmad Khairi bin Hj Ramlee

🇲🇾 Selangor · Manchester · Januari 2025

Impian saya merasai sendiri atmosfera Old Trafford akhirnya tercapai. Trip diatur dengan baik, santai dan fleksibel, manakala hotel serta tempat duduk di Stretford End menjadikan pengalaman lebih istimewa. Komunikasi dengan tour leader juga sangat mudah. Saya pasti akan mengesyorkan JalanJalanBola kepada orang lain.
Akif Tapsir

Akif Tapsir

🇲🇾 Selangor · Manchester · April 2025

Rasa sangat gembira apabila Arsenal menang 3-0 menentang Fulham, kemudian menang lagi 1-0 menentang Atletico Madrid dan berjaya mara ke final. Pengalaman yang memang tidak dapat dilupakan. Terbaik JalanJalanBola! Come on you Gunners!
Mohd Nor & Maslina

Mohd Nor & Maslina

🇲🇾 Sabah · London · Mei 2026

Sepanjang trip, kami berpeluang menerokai Manchester dan Liverpool serta melawat Old Trafford, Anfield dan stadium Everton. Semuanya diuruskan dengan baik dan saya pasti akan menyertai JalanJalanBola lagi. Lakastah orang Brunei, rasai sendiri pengalaman bola sepak bersama JalanJalanBola!
Aziz

Aziz

🇧🇳 Brunei · Manchester & Liverpool · 2025

Pengalaman bersama JalanJalanBola sangat berharga dan semuanya diuruskan dengan baik dari A hingga Z. Kami bukan sahaja menonton Chelsea di Stamford Bridge, malah berpeluang merasai pengalaman sebagai penyokong pelawat di Brighton. Program tersusun, team sangat membantu dan kosnya juga berbaloi. Insya-Allah, kami akan kembali bersama lebih ramai penyokong Chelsea!
Hafiz

Hafiz

🇲🇾 Petaling Jaya, Selangor · London · April 2026

Terima kasih JalanJalanBola kerana membawa saya ke Old Trafford. Stadium tour dapat, tengok pasukan kesayangan menang menentang Liverpool pun dapat! Perjalanan sangat lancar. Insya-Allah, kita jalan-jalan lagi.
Raja Asriy

Raja Asriy

🇲🇾 Selangor · Manchester · Mei 2026

Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan! Kami sangat berpuas hati dengan layanan pasukan JalanJalanBola yang sentiasa menjaga keperluan kami sepanjang perjalanan. Malah, sebelum menyertai trip ini lagi, setiap pertanyaan kami dijawab dengan baik dan penuh mesra.
John & Caleb

John & Caleb

🇲🇾 Ipoh, Perak · Liverpool · April 2026

Terima kasih JalanJalanBola kerana merealisasikan impian saya. Impian akhirnya menjadi kenyataan!
Hasrul Mat Hamdan

Hasrul Mat Hamdan

🇲🇾 Puncak Alam, Selangor · Manchester · April 2025

Jadi sebahagian daripada cerita ini.

Bersama JalanJalanBola, anda bukan sekadar menyaksikan perlawanan malah anda menghayati sendiri budaya, suasana dan keunikan bola sepak England