
Redwan
"Setiap trip dirancang untuk memberi pengalaman seperti orang lokal, bukan sekadar menonton bola, tetapi menikmati suasana sebenar di UK"
Perancangan Trip & Operasi UK
Mengenai Kami
Bermula daripada pengalaman di stadium United Kingdom, dua peminat bola sepak Malaysia membawa satu misi: membantu lebih ramai penyokong merealisasikan impian yang sama
Idea JalanJalanBola tercetus pada tahun 2015 selepas kami merasai sendiri pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak di England. Daripada sorakan penyokong hingga debaran hari perlawanan, kami mahu lebih ramai peminat merasai pengalaman yang sama tanpa perlu pening menguruskan tiket, penginapan dan logistik perjalanan. Bermula dengan kumpulan kecil pada penghujung 2016, JalanJalanBola kini merupakan program pelancongan bola sepak di bawah Fitrah Travel & Tours. Sehingga kini, kami telah membantu lebih 400 peminat dari Malaysia, Singapura dan Brunei menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi secara langsung di stadium.
Bagi kami, setiap perjalanan bukan sekadar tentang menonton perlawanan. Ia adalah tentang mencipta kenangan, membina persahabatan dan memberikan pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat.
Pasukan JalanJalanBola
Bermula sebagai dua peminat bola sepak, kini kami membawa lebih ramai penyokong merealisasikan impian menyaksikan pasukan kegemaran mereka secara langsung di stadium

"Setiap trip dirancang untuk memberi pengalaman seperti orang lokal, bukan sekadar menonton bola, tetapi menikmati suasana sebenar di UK"
Perancangan Trip & Operasi UK

"Bola sepak membawa kita ke tempat asing, tetapi persahabatan dan pengalaman bersama menyatukan semua orang."
Hubungan Peserta & Komuniti

"Bagi kami, pengalaman terbaik bukan hanya tentang destinasi, tetapi nilai yang diterima dalam setiap perjalanan"
Strategi Pemasaran & Kewangan
Sertai peminat bola sepak dari Malaysia, Singapura, dan Brunei yang telah merealisasikan impian menonton pasukan kegemaran secara langsung.