Pemegang pasport Malaysia yang berkunjung ke UK untuk lawatan singkat biasanya tidak memerlukan visa pelawat, tetapi perlu mendapatkan Electronic Travel Authorisation (ETA) sebelum perjalanan. Kos ETA termasuk dalam pakej dan JalanJalanBola akan menyediakan panduan permohonan. Kelulusan ETA adalah tertakluk kepada pihak berkuasa UK.
Keputusan ETA biasanya diterima dalam tempoh sehari, namun sesetengah permohonan boleh mengambil sehingga tiga hari bekerja atau lebih jika semakan tambahan diperlukan. JalanJalanBola akan memberikan panduan dan menyarankan peserta membuat permohonan lebih awal. Kelulusan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa UK.
Ya. Kos permohonan ETA UK termasuk dalam pakej JalanJalanBola. Kami juga akan menyediakan panduan kepada peserta sepanjang proses permohonan. Walau bagaimanapun, kelulusan ETA adalah tertakluk kepada pihak berkuasa UK.
Untuk memasuki UK, pasport perlu sah sepanjang tempoh perjalanan. Namun, JalanJalanBola menyarankan pasport mempunyai baki tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh pulang, terutama bagi perjalanan yang melibatkan transit. Pastikan nama dan maklumat pasport adalah tepat sebelum tempahan penerbangan dibuat.
Kelulusan ETA dan kebenaran masuk ke UK ditentukan sepenuhnya oleh pihak berkuasa UK. Jika permohonan ETA atau kemasukan ditolak, pembatalan tempahan akan tertakluk pada polisi pembatalan pakej serta segala fi, caj pembekal dan kos sebenar yang telah ditanggung atau tidak boleh dikembalikan.
Pembayaran
Pembayaran biasanya dibuat dalam dua peringkat. Namun, jadual pembayaran yang fleksibel boleh dipertimbangkan mengikut keadaan dan tertakluk pada persetujuan bertulis. Butiran serta tarikh pembayaran akan diberikan selepas tempahan disahkan.
Pembayaran biasanya dibuat dalam dua peringkat: bayaran pertama untuk mengesahkan tempahan, diikuti bayaran baki mengikut tarikh yang ditetapkan. Jadual pembayaran yang fleksibel boleh dipertimbangkan mengikut keadaan dan tertakluk pada persetujuan bertulis.
Sekiranya peserta membatalkan tempahan:
• Lebih daripada 60 hari sebelum tarikh penerbangan: bayaran yang layak akan dipulangkan selepas ditolak segala fi, caj pembekal dan kos sebenar yang telah ditanggung atau tidak boleh dikembalikan.
• 46 hingga 60 hari sebelum tarikh penerbangan: fi pembatalan sebanyak 70% daripada harga pakej akan dikenakan.
• 45 hari atau kurang sebelum tarikh penerbangan: fi pembatalan sebanyak 100% daripada harga pakej akan dikenakan.
Tempoh pembatalan dikira berdasarkan tarikh notis pembatalan diterima secara bertulis oleh pihak JalanJalanBola.
Pakej & Tiket
Tiket perlawanan termasuk dalam pakej yang dinyatakan. Jenis tiket mungkin berbeza mengikut perlawanan—termasuk tiket biasa, hospitality atau melalui penyedia yang berkaitan. Kategori tempat duduk dan kaedah penerimaan tiket akan dimaklumkan kepada peserta apabila tempahan disahkan.
Kami akan berusaha mendapatkan tempat duduk terbaik berdasarkan ketersediaan bagi setiap perlawanan. Jika anda mempunyai permintaan khusus atau ingin menaik taraf kategori tempat duduk, sila maklumkan kepada kami lebih awal. Permintaan tersebut tertakluk pada ketersediaan dan kos tambahan.
Jumlah hari dikira dari tarikh berlepas sehingga tarikh tiba semula di negara asal. Jumlah malam pula merujuk kepada malam penginapan di hotel dan tidak termasuk malam yang dihabiskan dalam penerbangan. Sebagai contoh, perjalanan dari 7 hingga 15 September dikira sebagai 9 Hari 6 Malam.
Kandungan setiap pakej mungkin berbeza mengikut destinasi dan program perjalanan. Kebiasaannya pakej merangkumi tiket penerbangan pergi-balik, penginapan, pengangkutan sepanjang program, stadium tour, tiket perlawanan utama, UK ETA, Farewell Dinner dan travel insurance. Pakej tidak termasuk makan selain yang dinyatakan, perbelanjaan peribadi dan aktiviti tambahan di luar itinerari. Sila rujuk bahagian “Termasuk” dan “Tidak Termasuk” pada halaman pakej berkenaan untuk maklumat lengkap.
Bagi dua peserta dalam tempahan yang sama, contohnya suami dan isteri, tempat duduk akan diberikan bersebelahan. Bagi tempahan kumpulan yang lebih besar, kami akan berusaha menempatkan semua peserta bersama atau berdekatan, tertakluk pada peruntukan tiket yang tersedia.
Fixture Premier League sentiasa tertakluk pada perubahan disebabkan jadual siaran televisyen, pertandingan domestik atau kejohanan Eropah. Tarikh dan waktu sepak mula kebiasaannya disahkan sekitar enam minggu sebelum perlawanan. Jika berlaku perubahan, kami akan menyelaraskan itinerari serta pengangkutan berkaitan sebaik mungkin dan memaklumkan kepada semua peserta.
Sekiranya perlawanan dibatalkan atau ditangguhkan atas sebab di luar kawalan kami seperti cuaca ekstrem, isu keselamatan, protes atau arahan pihak berkuasa, kami akan sentiasa berusaha membantu peserta mendapatkan penyelesaian terbaik.
Kami akan berhubung rapat dengan pihak pembekal tiket dan penganjur bagi mendapatkan maklumat terkini serta membantu mengurus sebarang perubahan yang boleh dilakukan. Walau bagaimanapun, sebarang penjadualan semula, penggantian tiket atau pemulangan wang adalah tertakluk kepada polisi rasmi pihak penganjur dan pembekal.
Walau apa pun keadaannya, kami akan sentiasa memastikan peserta dimaklumkan dengan segera dan akan berusaha membantu mendapatkan penyelesaian terbaik berdasarkan situasi semasa.
Perjalanan
Tempoh perjalanan bergantung pada tempat berlepas sama ada KLIA atau Changi, syarikat penerbangan, laluan dan tempoh transit. Secara umum, perjalanan ke UK boleh mengambil sekitar 14 hingga 20 jam. Jadual penerbangan lengkap akan diberikan kepada peserta sebelum berlepas.
Pengangkutan sepanjang program, termasuk perjalanan ke dan dari stadium, akan disusun oleh JalanJalanBola mengikut itinerari dan keadaan setempat. Tour leader akan memaklumkan waktu berkumpul dan aturan perjalanan kepada peserta lebih awal.
Cuaca di England boleh berubah dengan cepat dan berbeza mengikut musim. Peserta disarankan membawa pakaian berlapis, jaket kalis angin atau hujan serta kasut yang selesa. Panduan pakaian yang lebih sesuai akan diberikan berdasarkan ramalan cuaca sebelum perjalanan.
Ya. Travel insurance termasuk dalam pakej JalanJalanBola. Maklumat perlindungan dan dokumen polisi akan diberikan kepada peserta sebelum berlepas. Sebarang perlindungan atau tuntutan adalah tertakluk pada terma dan syarat polisi.
Boleh. Ramai peserta menyertai JalanJalanBola secara solo dan berpeluang mengenali peserta lain yang berkongsi minat sama terhadap bola sepak. Pakej penginapan adalah berdasarkan bilik twin sharing. Peserta yang mahukan bilik seorang boleh memohon bilik single dengan bayaran surcaj.
Boleh dipertimbangkan. Peserta yang ingin tiba lebih awal atau pulang lebih lewat perlu memaklumkan kepada kami sebelum tiket penerbangan dikeluarkan. Sebarang perubahan tertakluk pada jadual penerbangan, kekosongan penginapan dan caj tambahan yang berkaitan.
Ya. Itinerari yang diberikan merupakan perancangan perjalanan dan mungkin diselaraskan berdasarkan jadual penerbangan, perubahan fixture, operasi stadium, keadaan cuaca atau faktor lain di luar kawalan. Sebarang perubahan penting akan dimaklumkan kepada peserta dan kami akan berusaha memastikan pengalaman utama perjalanan tidak terjejas.
Harga pakej adalah berdasarkan penginapan bilik twin sharing untuk dua orang. Peserta yang ingin menginap seorang diri boleh memilih bilik single, tertakluk pada kekosongan dan bayaran surcaj. Permintaan bilik single perlu dibuat seawal mungkin.
Peserta bertanggungjawab hadir di lapangan terbang mengikut waktu yang ditetapkan dan memastikan semua dokumen perjalanan lengkap. Sebarang kos penerbangan baharu, pengangkutan, penginapan atau perbelanjaan tambahan akibat kelewatan peserta hendaklah ditanggung oleh peserta. JalanJalanBola akan cuba membantu mengatur perjalanan seterusnya, tertakluk pada ketersediaan.
Makanan Halal
Ya. Pilihan makanan halal mudah didapati sepanjang perjalanan. Tour leader JalanJalanBola akan membantu dan memastikan peserta mempunyai akses kepada makanan halal sepanjang program.
Sarapan tidak termasuk dalam pakej. Namun, tour leader JalanJalanBola boleh membantu mencadangkan pilihan sarapan halal yang sesuai sepanjang perjalanan. Kos sarapan adalah di bawah tanggungan peserta.
Masih ada soalan? Hubungi kami terus.
Pasukan kami sedia membantu menjawab sebarang pertanyaan tentang pakej, visa, dan logistik trip.