Trip Bola Sepak Direka Mengikut Pilihan Anda
Tidak jumpa pakej yang sesuai dengan tarikh atau pasukan pilihan anda? Dengan Tailor-Made Football Trip, anda boleh membina pengalaman bola sepak UK berdasarkan perlawanan, tempoh perjalanan, bilangan peserta dan bajet sendiri.
Sesuai untuk pasangan, keluarga, kumpulan rakan, kelab penyokong, syarikat dan organisasi. Trip persendirian boleh dipertimbangkan bermula daripada dua peserta, tertakluk pada ketersediaan dan sebut harga.
Pilih Pasukan Premier League Anda
- Arsenal
- Aston Villa
- AFC Bournemouth
- Brentford
- Brighton & Hove Albion
- Chelsea
- Coventry City
- Crystal Palace
- Everton
- Fulham
- Hull City
- Ipswich Town
- Leeds United
- Liverpool
- Manchester City
- Manchester United
- Newcastle United
- Nottingham Forest
- Sunderland
- Tottenham Hotspur
Anda Tentukan Pengalamannya
Setiap trip boleh disesuaikan berdasarkan pilihan berikut:
- Pasukan dan perlawanan yang ingin ditonton
- Tarikh serta tempoh perjalanan
- Lapangan terbang berlepas
- Bandar dan stadium pilihan
- Kategori tempat duduk perlawanan
- Jenis serta lokasi penginapan
- Stadium tour
- Aktiviti tambahan di London, Manchester, Liverpool atau Edinburgh
- Bilangan peserta dan bajet anggaran
- Keperluan khas untuk keluarga, kanak-kanak atau warga emas
Apa Yang Boleh Dimasukkan?
Bergantung pada keperluan dan sebut harga yang dipersetujui, pakej boleh merangkumi:
- Penerbangan pergi dan balik
- Penginapan
- Pengangkutan airport, hotel dan stadium
- Tiket perlawanan
- Stadium tour
- Bantuan UK ETA
- Insurans perjalanan
- Aktiviti pelancongan tambahan
- Sokongan team JalanJalanBola sepanjang perjalanan
Cara Tempahan
- Lengkapkan borang Tailor-Made Football Trip di website.
- Team JalanJalanBola menyemak jadual perlawanan, penerbangan, penginapan dan ketersediaan tiket.
- Kami menghubungi anda untuk mendapatkan penjelasan tambahan jika diperlukan.
- Cadangan itinerari dan sebut harga khas disediakan.
- Anda menyemak serta mengesahkan pilihan.
- Tempahan dimuktamadkan selepas bayaran deposit.
Pembayaran
Pembayaran dibuat dalam dua peringkat:
- Deposit untuk mengesahkan tempahan.
- Baki penuh perlu dijelaskan sebulan sebelum tarikh berlepas.
Jumlah bayaran bergantung pada itinerari, tiket perlawanan, penerbangan, penginapan dan servis yang dipilih.
Maklumat Penting
Harga tetap tidak dipaparkan kerana setiap trip disediakan mengikut keperluan pelanggan. Semua penerbangan, tiket perlawanan, hotel, pengangkutan dan aktiviti tertakluk pada ketersediaan ketika sebut harga disediakan.
Tarikh dan waktu sepak mula boleh berubah atas keputusan liga, kelab, kejohanan atau penyiar. Kebiasaannya, jadual perlawanan disahkan sekitar enam minggu sebelum perlawanan. Jika berlaku perubahan rasmi, JalanJalanBola akan membantu menyesuaikan itinerari atau mencadangkan pilihan yang sesuai.
Kategori tempat duduk terbaik yang tersedia akan dicadangkan. Pilihan Category 1 atau Hospitality boleh diminta dan akan mempengaruhi harga akhir.
Maklumat Yang Tidak Termasuk
Melainkan dinyatakan dalam sebut harga akhir:
- Makan selain yang dinyatakan
- Perbelanjaan peribadi
- Aktiviti tambahan di luar itinerari
- Servis yang tidak dinyatakan dalam sebut harga
Mulakan Perancangan Anda
Beritahu kami pasukan yang ingin ditonton, tarikh perjalanan, bilangan peserta dan bajet anda. Team JalanJalanBola akan membantu menyusun pengalaman yang lebih teratur dan sesuai dengan rancangan perjalanan anda.
Dari peminat kepada peminat. We Take You There.
